PENGENALAN
Dalam era yang sedang membangun ini banyak kemudahan yang telah direka untuk memberi keselesaan kepada pengguna. Ianya direka setiap masa dan membuat kajian dari masa ke semasa berpandukan kepada kelemahan sebelumnya.
Semakin hari, pelbagai rekabentuk yang canggih dihasilkan. Keperluan pengguna yang inginkan keselesaan sentiasa membuat pereka-pereka membentuk hasil yang terbaik untuk kepuasan pengguna pada masa yang akan datang.
Dalam proses merekabentuk dari mula hinggalah kepada produk yang akhir, banyak kajian yang perlu diambil perhatian. Perkara yang perlu difikirkan adalah bagaimana dan apakah kaedah yang harus digunakan untuk memastikan produk dan keputusan yang berjaya memenuhi kehendak pengguna dapat dihasilkan.
Keyakinan diri dalam merekabentuk amatlah penting kerana ini akan menunjukkan akan kegigihan diri sendiri. Pelbagai perkara yang perlu diberi perhatian dalam menghasilkan produk. Antaranya ialah:-
i. Sentiasa mempelajari, memahami dan membuat kajian dengan jelas akan keperluan sesuatu produk yang ingin dihasilkan.
ii. Gunakan kaedah yang bersistematik kerana ianya akan memberi kepuasan kepada pengguna dan sesuai untuk digunakan.
iii. Menghasilkan produk yang dapat memberi kepuasan kepada pengguna dan sesuai untuk digunakan.
PENGENALAN KEPADA REKABENTUK
Setelah adanya masalah-masalah yang di hadapi oleh para pemain ping pong ini,telah wujudnya idea bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu pengemar sukan tersebut.
Alat ini di cipta atau di reka bagi meringankan beban para pemain untuk melakukan latihan.
Selepas wujudnya alat ini,pemain tidak perlu lagi untuk mengutip atau mengumpul bola ping pong dengan cara yang lama dan membebankan untuk melakukan setiap sesi latihan.
Rekabentuk alat ini tidaklah terlampau rumit dan sangat mudah untuk pemain membuat penyelenggaraan.Alat ini juga sangat mudah di gunakan atau di kendalikan kerana alat ini mempunyai roda bagi meggerakkannya dan membolehkan pemain menolaknya ke mana-mana sahaja.
BATASAN DAN BIDANG KAJIAN
Proses terawal dalam mereka bentuk dan membina “Alat Pengutip Bola Ping Pong” ialah dengan mengenalpasti masalah terlebih dahulu ketika melakukan kerja mengutip bola ping pong. Produk yang akan dihasilkan ini adalah tertumpu kepada perkara :-
· Alat yang ingin dihasilkan ini hanya boleh mengutip bola ping pong sahaja.
· Maksimum alat ini mampu memuatkan 30 biji bola sahaja.
KEPENTINGAN PROJEK
Di dalam era globalisasi ini,telah banyak alat yang dicipta.Dengan wujudnya alat ini, terdapat beberapa jenis kepentingan yang boleh mendatangkan pandangan yang positif bagi alat ini.Antaranya adalah ia boleh memudahkan pemain mengumpul bola ping pong.Ini terjadi kerana, alat ini tidak terlalu berat dan mempunyai had maximum. Alat ini juga berfungsi dengan hanya perlu menolak sahaja tanpa perlu bersusah payah.
Selain itu, ia juga boleh menjimatkan masa. Ini wujud kerana alat ini hanya perlu menolak ke arah bola ping pong dan bola akan terus masuk ke dalam alat ini.
PENGAJIAN KERJA
RANGKA KERJA
Perlaksanaan dalam merekabentuk bukanlah satu proses atau aktiviti yang dihasilkan secara spontan atau tiba-tiba. Sebaliknya ia memerlukan suatu proses yang memakan masa lama. Ini termasuklah proses berfikir, merekabentuk, membina dah menguji produk yang dihasilkan mengikut apa yang diingini. Semasa merekabentuk mesin rangka ini perlu diberi perhatian agar apa yang diingini berjalan lancar.
Senarai rangka kerja adalah seperti di bawah sebagai panduan untuk menghasilkan “Alat Pengutip Bola Ping Pong” :-
- Mengkaji tajuk yang sesuai untuk direkabentuk.
- ii. Memahami akan tajuk yang dipilih untuk memudahkan lagi kerja semasa proses rekabentuk dijalankan.
- iii. Keperluan kepada rekabentuk yang ingin dihasilkan.
- iv. Menganalisis dah mentakrifkan masalah rekabentuk iaitu yang ada pada masa sekarang.
- v. Membuat analisis, maklumat dan spesifikasi rekabentuk terhadap keperluan atau kehendak dalam perlaksaan projek.
- vi. Idea-idea yang bersangkutan dengan projek dilakarkan untuk melihat akan kesesuaian dan juga ketepatan yang diinginkan.
- vii. Lakaran yang dirasakan sesuai perlu diambil untuk pemerhatian yang seterusnya.
- viii. Maklumat dicari dan dikumpulkan yang berkaitan dengan projek yang ingin dijalankan untuk memudahkan lagi proses yang dijalankan.
- ix. Melukis hasil yang dilakarkan, dicari dan dikumpulkan dengan menggunakan perisian Autocad ataupun idea.
- x. Memahami konsep yang dihasilkan iaitu digunakan secara manual.
- xi. Memahami seluruh penggunaan bahan dan juga elemen mekanikal dalam menyediakan projek ini kerana ianya penting mengikut spesifikasi yang dikehendaki.
- xii. Membuat binaan ataupun fabrikasi dengan sempurna untuk melihatkan hasil yang diingini.
- xiii. Pengujian perlulah dilakukan pada setiap barangan ataupun produk yang dihasilkan kerana ianya amat penting untuk melihat samada ianya Berjaya untuk dipasarkan ataupun tidak.
Panduan di atas menjelaskan keseluruhan aktiviti merekabentuk. Namun proses rekabentuk bukanlah semudah yang diterangkan ataupun dilukiskan. Ianya bergantung kepada ketekunan dan juga keazaman perekabentuk itu sendiri. Kita haruslah melakukannya bersungguh-sungguh.
SKOP KERJA
Skop kerja adalah merupakan satu perkara yang penting kerana ianya adalah perkara yang perlu dilakukan semasa merekabentuk. Aktiviti yang perlu digunakan dalam memproses segala yang berkaitan dengan projek.
Skop kerja yang telah ditetapkan adalah untuk memudahkan lagi kerja yang dilakukan. Ianya telah ditetapkan seperti berikut.
- 1. Merekabentuk alat pengutip bola ping pong yang ergonomik dan sistematik.
- 2. Merekabentuk dan membina detail-detail yang difikirkan perlu untuk membina mekanisma.
- 3. Menyediakan lukisan yang berkaitan dengan alat yang ingin dicipta.
- 4. Mengetahui lebih lanjut tentang bahan-bahan ataupun pembuatan yang digunakan.
- 5. Menghasilkan sebuah model.
OBJEKTIF PROJEK
Objektif sesebuah projek memainkan peranan penting dalam sesebuah laporan. Matlamat yang disasarkan terhadap projek hendaklah dinyatakan dengan jelas dan terperinci. Dalam projek ini, projek yang kreatif dan berkesan menjadi pendorong kejayaannya. Objektif bagi rekabentuk “Alat Pengutip Bola Ping Pong” ini ialah:
Ò Memudahkan pengguna mengumpul dan mengutip bola ping pong.
Ò Mengurangkan tempoh masa kutipan bola ping pong.
Ò Menghasilkan rekabentuk baru.
KAJIAN AWAL
Latar belakang masalah
Idea rekabentuk sesuatu produk tercetus apabila melihat sesuatu masalah yang timbul di sebuah tempat. Kesan daripada masalah yang timbul tersebut telah menyebabkan pemain susah untuk mengutip bola ping pong. Dengan adanya masalah tersebut, kajian bagi masalah tersebut dibuat dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah tersebut, sehingga terhasilnya satu idea untuk mencipta “Alat Pengutip Bola Ping Pong”.
Masalah yang pertama adalah pemain akan menggunakan tangan untuk mengutip atau mengumpul bola ping pong. Contohnya pemain akan tunduk untuk mengutip atau mengumpul bola ping pong. Hal ini akan menyebabkan sakit pada tulang belakang pemain.
Masalah yang kedua adalah mengutip atau mengumpul bola ping pong dengan tempoh masa yang lama. Contohnya pemain akan mengutip atau mengumpul bola ping pong dengan satu demi satu. Ini akan menyebapkan pemain akan mengambil tempoh masa untuk mengutip atau mengumpul dan akan menyebapkan pemain akan terasa letih.
KAJIAN MAKLUMAT
Saiz bola adalah diameter 30mm dan diameter 40mm. Berat untuk diameter 30mm adalah 2.5 gram manakala berat untuk diameter 40mm adalah 3.3 gram. Ada dua jenis warna untuk bola ping pong iaitu putih dan kuning. Bola ping pong juga diperbuat daripada bahan seluloid.
Terdapat juga beberapa cara untuk mengutip bola ping pong. Pertama dengan menggunakan jaring. Kedua dengan menggunakan bar. Ketiga dengan menggunakan tangan.
MASALAH DAN LANGKAH PENYELESAIAN DI DALAM PERMAINAN BOLA PING PONG
(i) Pemain melakukan kutipan bola ping pong dengan hanya mengutip dengan tangan.
Dengan penggunaan alat ini, pemainnya perlu menolak alat ini ke arah bola sahaja.
(ii) Pemain perlu mengambil masa yang lama untuk mengutip bola.
Pemain boleh menjimatkan masa dengan menggunakan alat ini.
(iii) Pemain kerap mengeluh dengan masalah sakit tulang belakang dan sakit pada sendi-sendi selepas melakukan kutipan bola ping pong.
Dengan alat ini, pemain dapat mengurangkan sakit pada tulang belakang, sendi-sendi dan sebagainya kerana pemain tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk menolak alatan berbanding cara yang lama dengan hanya menggunakan tangan.
KEMUDAHAN PROJEK
(i) Bagi pemain yang menggunakan alat ini, mereka akan berasa alat ini lebih mudah dari cara yang lama iaitu menggunakan tangan.
(ii) Pemain dapat menjimatkan masa dan dapat mempercepatkan masa mereka mengutip bola ping pong.
(iii) Alat ini juga dapat meringankan beban pemain yang melakukan latihan.
(v) Alat ini tidak memerlukan tenaga yang lebih untuk menolak
CARA-CARA OPERASI
OPERASI 1
- · Alat hanya perlu di tolak ke arah bola ping pong
- · Mata alat akan berpusing atau bergerak mengikut pusingan roda hadapan
- · Mata alat ini juga hanya akan bergerak ataupun berpusing sekiranya pengguna menolak alat ini.
OPERASI 2
OPERASI 3
- · Bola ping pong yang di tolak akan terus berada di dalam bekas yang terdapat pada bahagian belakang alat
- · Semua bola ping pong yang di kutip oleh alat ini,akan berkumpul pada bekas yang di sediakan
OPERASI 4
- · Sekiranya bola ping pong yang berada di dalam bekas penuh,bekas boleh di keluarkan melalui bahagian atas alat ini
- · Di bahagian atas alat ini,mempunyai ruang untuk mengeluarkan bekas tersebut
- · Ruang bekas juga dapat di lihat melalui bahagian hadapan atas alat ini.
REKABENTUK PERALATAN
Lakaran Projek
Idea 1 (Alat Pengutip Bola Ping Pong)
Idea 2 (Alat Pengutip Bola Ping Pong)
Idea 3 (Alat Pengutip Bola Ping Pong)
Rekabentuk Alat
PERANCANGAN KERJA / GANTT CHART
KESIMPULAN
No comments:
Post a Comment